Sunday, 15 December 2013

Kenduri Tahlil Arwah, Aqiqah Hanif Dinie dan Harris & Haikal Dinie Berkhatan

7 December 2013
Kenduri Tahlil Arwah & Aqiqah

Kali ini adalah kali yang ke 3 aku mengadakan kenduri Tahlil dirumah ini sebelum ini pada tahun 2009 sewaktu mula2 berpindah ke Taman Krubong Perdana, kali yang ke 2 pada tahun 2011 dan pada kali ini Abangku yang sulong juga temasuk dalam senarai arwah setelah setahun menyambut panggilan Ilahi. Kali terakhir dia berkunjung ke rumah ini semasa melawat anakku yang ke 4 pada tahun lepas bulan 7, 4 bulan sebelum dia meninggal. Sebelum dia pulang ke KL masih lagi terngiang2 ditelinga aku katanya selepas ini kalau aku buat kenduri tahlil dia pasti akan hadir. Seperti sudah menduga ajalnya sudah hampir.

Tok Teh Zai mengetuai majlis bacaan surah Yassin dan Tahlil. Tidak ketinggalan juga saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga Taman Krubong Perdana hadir ke majlis ini.

Al-Fatihah untuk semua Arwah
Senarai Arwah adalah
1. Ramli Bin Kassim
2. Mustafa Hilmy Bin Ramli
3.Rosnah Hj Ramli
4.Ramlah Amin


 
Kambing Golek in the making. Juadah yang menjadi tumpuan
 
Menu yang di hidangkan
1. Nasi Arab Mandy
2. Lamb Mandy dan set
3.Ayam Goreng Berempah
4. Gulai Kawah Kambing
5.Ayam Tandoori
6. Soto Ayam
7. Kambing Golek
8. Aneka kuih Karipap, Lapis & Koci
9.Air oren  asam boy
10. Jambu Batu Lohan campur asam
 
Semuanya disediakan oleh IbuAliya Catering(sendiri masak)
untuk menempah bolehlah call no hp 012-3228136 harga yang terbaik boleh diberi bergantung kepada jumlah jemputan.
 
 

 


 





 
 



Rakan sepejabat yang sempat hadir. Banyak juga gambar tetamu yang tak sempat diambil maklum le tuan rumah BZ memanjang

Tetamu paling jauh dari Pasir Putih Kelantan
 
Bila saudara sekampung berjumpa panjang la ceritanya
 
Sempat juga snap gambar sebelum kehadiran tetamu
 


 
Tapau jangan tak tapau

 

Jejak Kasih Bagan Datoh Perak di Melaka. Makcik Siti Ramuna (kanan) dan Mak Chor. Selama ini tak tau pula ada talian persaudaran dengan Makcik Siti jiran Taman ini.
 
8 December 2013
Harris dan Haikal Berkhatan
 Majlis berkhatan beramai2 ini dikelolakan oleh AJK Surau Al-Qadr Tmn Krubong Perdana.
 Wajah cemas menanti giliran tapi Haikal boleh senyum lagi.....
Bacaan  doa oleh Ustz Hilmy
 
 

 Proses menjahit
 
 Alhamduillah selesai sudah cabaran

Saturday, 9 November 2013

KAITAN PENGAMBILAN SANTAN DAN KOLESTEROL

 
 
Santan kelapa satu bahan masakan yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia sejak dulu lagi. Masakan seperti Gulai kawah, rendang dan lemang yang popular pada hari raya menggunakan santan dalam penyediaannya. Bagi masyarakat di Negeri Sembilan pula, gulai lemak cili api hampir setiap hari menggunakan santan. Bukan hanya masyarakat Melayu, kaum India juga banyak menggunakan santan dalam masakan mereka.



Kebanyakan penduduk di Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik pengguna santan dalam masakan harian mereka. Santan selalu dikatakan sebagai lemak yang tidak sihat dan boleh menyebabkan masalah kolesterol tinggi. Adakah pendapat ini benar dan bersandarkan kajian saintifik yang betul? Kita selalu dinasihatkan untuk mengurangkan penggunaan santan dalam masakan seharian kita kerana mengandungi lemak tepu yang tinggi dan dikatakan boleh menyebabkan masalah peningkatan paras kolesterol dalam darah.
Ada juga pakar pemakanan mencadangkan penggunaan susu sebagai ganti kepada santan dalam makanan. Dulu, saya selalu menasihati pesakit saya yang mempunyai masalah kolesterol untuk meninggalkan makanan berasaskan santan kerana dulu saya berpendapat lemak tepu dalam santan boleh menjadi punca meningkatnya paras kolesterol dalam darah.



Selepas membaca pelbagai kajian terkini dalam jurnal perubatan, saya mendapati kajian penggunaan santan atau minyak kelapa merumuskan fakta yang agak berlainan.

Kajian sains Ironinya ada kajian sains mendapati masyarakat yang mengambil santan selalu dalam makanan mereka mempunyai kadar penyakit jantung yang rendah dan paras kolesterol rendah juga.
Di antara kajian dilaporkan dalam jurnal perubatan Asia Pasifik pada tahun 2011, yang dijalankan di Filipina mendapati pengambilan minyak kelapa dalam makanan seharian dalam kalangan wanita pramenopaus meningkatkan kolesterol baik HDL-c dan menurunkan kolesterol jahat jenis LDL dan Trigliserida. Oleh itu, ia mempunyai faedah kesihatan yang baik menurunkan risiko sakit jantung.

Lebih menarik lagi, data dari Filipina yang dilaporkan oleh ‘Philipine National Nutrition Survey’ (PNNS) pada tahun 2003 juga mendapati relatif insiden yang rendah untuk masalah kolesterol berlebihan (hypercholesterolemia), darah tinggi (hypertension), angin ahmar (stroke) dan sakit jantung (angina) dalam kalangan penduduk di Daerah Bicol yang mengambil santan dan minyak kelapa yang tinggi berbanding daerah lain di Filipina dalam makanan seharian mereka. Prof Philippe Legrand dari Peranchis, seorang pakar biokimia dari Makmal Biokimia dan Pemakanan Manusia di Universiti Agronomidi, Rennes, Peranchis, mempunyai pendapat yang sama berkenaan santan dan kesannya kepada paras kolesterol.
Beliau menyatakan bahawa bahan di dalam santan atau minyak kelapa iaitu asid laurik dan asid miristik iaitu asid lemak dalam kumpulan asid lemak rantaian sederhana (MCFA) lebih cepat dimetabolismakan dalam hati manusia dan menurunkan paras kolesterol, justeru, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Di samping itu juga, santan atau minyak kelapa mempunyai kesan positif lain seperti antifungal, antivirus, antimikrobial dan antiprotozoa.
Menurut beliau, santan boleh menjadi sebahagian daripada diet sihat jika diambil secara sederhana dan tidak menyebabkan peningkatan kolesterol dalam darah.
Terdapat juga satu kajian dijalankan di Kerala, India, seperti dilaporkan dalam ‘Indian Journal of Biochemistry’ pada tahun 2009 yang memberikan kesimpulan positif kepada kesihatan dengan pengambilan santan dalam makanan.
Kajian ini membandingkan pengambilan minyak kelapa dengan pengambilan minyak bunga matahari dalam pemakanan seharian dan perbezaannya dengan paras kolesterol di antara kedua-duanya.
Hasil kajian ini merumuskan bahawa tiada perbezaan di antara pengambilan di antara kedua-dua jenis minyak masak ini dengan paras kolesterol dalam darah.
Oleh itu, pendapat yang menyatakan pengambilan santan menyebabkan peningkatan paras kolesterol dalam darah kurang tepat.
Santan bukan penyebab Ada banyak juga kajian lain yang merumuskan fakta bertentangan, tetapi kajian terbaru menunjukkan santan bukanlah faktor utama menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi.
Antaranya mendapati penduduk dunia yang makan santan setiap hari mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding dengan masyarakat moden yang mengambil makanan segera dan makanan proses.
Kajian terkini mendapati pengambilan karbohidrat dan gula yang tinggi lebih berkait rapat dengan masalah penyakit kardiovaskular dan peningkatan paras kolesterol berbanding pengambilan lemak atau minyak dalam makanan.
Kajian juga mendapati pesakit kencing manis selalunya mempunyai paras kolesterol lebih tinggi kerana paras gula yang tinggi dalam darah walaupun tidak makan santan setiap hari.
Bagaimanapun, penulis mencadangkan bersederhana dalam pengambilan santan adalah lebih baik dan mengawal pengambilan gula berlebihan strategi yang baik mengawal paras kolesterol dalam darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, insya-Allah.
Penulis Pengamal Perubatan Am, Pengkhususan Aestetik, Antipenuaan dan Perubatan Regenaratif

Sumber My Metro
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/06

Sunday, 20 October 2013

HARI RAYA KORBAN 2013

 Assalamualaikum
Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim  dan Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah
 
 
Tahun ini solat sunat hari raya dilakukan di Surau Al Qadr Taman Krubong Perdana. Lebih istimewa lagi Khutbah disampaikan oeh Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Penuh sesak surau
 1st time dengar khutbah solat sunat hari Raya tanpa rasa mengantuk...
Hebat Dr Asri ni.....
Gambar ihsan dari Tuan Wan Madi pemilik Rizqi Melaka Homestay
untuk tempahan klik la link di atas
 
Berbalik kepada Korban Tahun ini sebanyak 2 ekor lembu@ Kg Belimbing Dalam Melaka dirumah nenek Siah
 
  
Para pelapah professional dan separuh professional sedang beraksi. Macam pertandingan melapah la pulak
 
 Kapak jangan tak kapak tulang tu
 Kanak2 gembira berjumpa dengan sepupu sepapat main tak pe jangan nak merengek dan nangis2
 Setiap daging yang dibungkus untuk diagihkan ke rumah jiran2 perlu ditimbang sebanyak 1kg setiap bungkus
En Atan sedang meneliti setiap gram timbangan :)

Dalam masa 2 jam semua urusan melapah dan bungkus selesai
itulah kata orang
 " Muafakat Membawa Berkat"
Bacaan doa selamat diadakan sempena Hari Raya Korban dan Hari Jadi nenek yang ke 86 semoga dikurniakan afiat kesihatan badan
Makcik2 pula sibuk memasak didapur
Tu dia kapla Lembu sapa mau
Melapah sudah memasak pun sudah apo lae jom makan semua.....