Sunday, 20 October 2013

HARI RAYA KORBAN 2013

 Assalamualaikum
Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim  dan Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah
 
 
Tahun ini solat sunat hari raya dilakukan di Surau Al Qadr Taman Krubong Perdana. Lebih istimewa lagi Khutbah disampaikan oeh Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Penuh sesak surau
 1st time dengar khutbah solat sunat hari Raya tanpa rasa mengantuk...
Hebat Dr Asri ni.....
Gambar ihsan dari Tuan Wan Madi pemilik Rizqi Melaka Homestay
untuk tempahan klik la link di atas
 
Berbalik kepada Korban Tahun ini sebanyak 2 ekor lembu@ Kg Belimbing Dalam Melaka dirumah nenek Siah
 
  
Para pelapah professional dan separuh professional sedang beraksi. Macam pertandingan melapah la pulak
 
 Kapak jangan tak kapak tulang tu
 Kanak2 gembira berjumpa dengan sepupu sepapat main tak pe jangan nak merengek dan nangis2
 Setiap daging yang dibungkus untuk diagihkan ke rumah jiran2 perlu ditimbang sebanyak 1kg setiap bungkus
En Atan sedang meneliti setiap gram timbangan :)

Dalam masa 2 jam semua urusan melapah dan bungkus selesai
itulah kata orang
 " Muafakat Membawa Berkat"
Bacaan doa selamat diadakan sempena Hari Raya Korban dan Hari Jadi nenek yang ke 86 semoga dikurniakan afiat kesihatan badan
Makcik2 pula sibuk memasak didapur
Tu dia kapla Lembu sapa mau
Melapah sudah memasak pun sudah apo lae jom makan semua.....






Monday, 7 October 2013

MASJID CINA DI KRUBONG MELAKA

MASJID CINA DI KRUBONG MELAKA

Setelah siap dibina inilah hasilnya
Solat Jumaat pertama kali dirasmikan oleh TYT Melaka
 Teruja juga seperti berada di Tanah Besar China plak
 
Lokasi Masjid melalui highway SPA dari Tesco Cheng ke Stadium Hang Jebat
 
d
Seni bina yang menarik

Di bahagian dalaman perlu kipas atau aircond tambahan


 

contoh masjid cina di Kelantan


Perkampungan ini bertujuan mengumpulkan saudara baharu untuk menjalankan aktiviti dan memudahkan mereka mendalami agama Islam," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Timbalan Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Sazali Muhd Din ke tapak pembinaan Masjid Cina hari ini.



 Pembinaan masjid yang bermula 10 Okt tahun lepas itu berjalan mengikut jadual dan kini siap 62 peratus.

Mohd Mansor Yap berkata perkampungan itu juga diharap dapat dilengkapi dengan prasarana dan fasiliti terbaik bagi kemudahan penduduk.

Sementara itu Sazali berkata selain tempat beribadah, Masjid Cina bakal menjadi produk pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong melihat keunikan seni bina yang diilhamkan dari Beijing, Shanghai dan Xian di China.

"Dengan adanya masjid ini, saudara baharu kita juga dapat berkumpul dan menjalankan pelbagai aktiviti sekaligus dapat menambah ahli baru untuk memeluk Islam," katanya.

Pembinaan Masjid Cina yang pertama di Melaka dan ketiga di negara ini menelan belanja kira-kira RM7.5 juta dan mampu memuatkan 2,000 jemaah pada satu-satu masa.


 Masjid itu berteraskan dua kubah dan menara besar dengan dua pintu gerbang serta bumbung berlapis, manakala ruang jemaah pula berkonsepkan pengudaraan semula jadi dan ruang saf yang cukup luas untuk menampung masyarakat Muslim menunaikan solat.
 
SUMBER DARI SINAR & BERNAMA