Saturday 23 February 2019

Rahsia trip UMRAH DIY dengan Anak2 kecil dan isteri


Alhamdulillah catatan ini dibuat pada hari ke 6 kami sekeluarga berada di Masjidil Haram Makkah. Sehingga kehari ini perjalanan kembara UMRAH secara 'Lakukan Sendiri' dimusim sejuk tanpa mengikut agensi travel/Mutawwif, dipermudahkan oleh Allah.

Syukur sangat2 untuk Umrah kali ini dapat membawa keluarga bersama. Untuk diri saya sendiri ini adalah umrah yang ke 6.
5 kali sebelum ini ketika bekerja di negara padang pasir ini.

Disebabkan ramai sahabat2 yang pm bertanyakan tentang umrah sendiri ini saya akan kongsikan tips2nya agar dapat kefahaman dan dapat memberi manafaat kepada yang berminat bersesuaian dengan kritiria berikut.

DIY jika- Sudah biasa bermusafir ke negara orang. Punya sifat sabar, independent, problem solving, tenang n positif(tak banyak cengkadak he3) Umrah pertama saya pergi lone ranger Independent la sgt tu he3

DIY jika- Sudah tahu selok belok lokasi tersebut

DIY jika - Mahukan masa yang flexible (tidak terikat dengan jadual pihak agensi spt melawat ladang unta n kurma)

DIY jika - Mahu bergerak dalam kumpulan yang kecil(Tidak banyak kerenah untuk layan jemaah yang besar)

DIY jika - Ada kekangan kesihatan/uzur atau bawa anak kecil( Tempahan hotel 50m dari pintu masuk MasjidilHaram mudah utk beribadat)

DIY jika - Mahukan privacy (1 family dok 1 bilik tahu sahajalah perangai bila bawa anak2 yang tengah membesar sebagai johan)

DIY jika - Ingin penjimatan kos...
banyak K boleh save he3(Survey harga dengan agensi umrah musim sejuk minimum RM7K/pax itupun dapat hotel yang menyebabkan kaki anda jadi kejang sebab jarak antara hotel dan masjidilharam agak jauh)


Document Yang Perlu Sebelum Pergi Umrah DIY
1. 2 keping gambar visa 
2. Salinan surat nikah dicop pengesahan jawi (rujuk / cerai & nikah) kalau KL di Pejabat JAWI dekat Masjid Negara tu.. dlm masa 1/2 jam siap

 
3. Salinan surat beranak dicop pengesahan JPN
No 2 & 3, di cop wisma putra di Putrajaya utk pengesahan akhir. Kalau pegawai tu tanya nak pergi melalui Travel mana.. pandai2 la jawab. Biasanya dalam masa 1 jam dah dapat approval sebab submit dlm group yg kecil… kalu group besar esok kena repeat lagi esok utk ambil approval tu
No 2 bagi isteri yg kurang drpd 46tahun
 
4. Salinan photostat tempahan flight dan hotel


 
 
Dah siap semua diatas serah la kepada sahabat/ustaz2 yang ada biz travel agensi yang berdaftar dengan MOTAC
 
Dalam masa 1 minggu pihak travel call suh datang amik passport dan visa
Alhamdulillah selesai 1 bab.
Bayaran yang pihak Travel minta RM300/org

Alhamdulillah

 


*Suntikan vaksin tak wajib amik utk Umrah kalu Haji mmg perlu sebab stay sana lamakan..
*Harap maklum visa valid hanya 30 hari jadi korg kena timing cantik masa nak submit doc kt agency tu jadi utk selesa serah document dlm 2/3 minggu sebelum berlepas


Abaikan posting jika tak setuju. Rezeki itu datang dari Allah InsyaAllah dipermudahkan..

Kalu ada masa nanti aku share camne nak ode bas VIP Saptco dari Mekah ke Madinah...

 

Tuesday 21 February 2017

RAHSIA TRAVEL DIY KE ISTANBUL TURKI DENGAN BUDGET CIPUT


Dah lama Achik simpan hajat nak ke Istanbul Turki ni. Alhamdulillah ada rezeki Allah bagi lebih, dapat la Achik gi sini 1 family ngan anak2 ada 4 orang semuanya.

Achik tulis kat Blog ni bukannya apa ni ikhlas untuk kenangan dan panduan korang yang nak ke sini dengan budget ciput.
Gambar atas  ni Achik amik lepas solat subuh masjid ni  memang sinonim dengan pelancong ke Istanbul  namanya Masjid Biru

Apapun sebelum korang nak gi mesti kena ada perancangan dulu. Siap-siap menabung dari sekarang. Korang banyak duit takpe abang Jibby bagi BRIM.. he3.
 Kat bawah ni contoh iternary sekali ngan Budget yang bakal keluar dari poket korang. He..He..He..
Kalu korang banyak duit tak payah ikut cara Achik ni ye...
Sesiapa nak softcopy bole tinggal e-mail add kat Achik


TIPSNYA CAM NI :-

1. Ticket flight?? murah kat Skyscanner +-3 bln book sebelum berangkat, arrival ke Airport Atarturk. Review banyak kali sebelum accepted nanti menyesal sampai tua.

2. Hotel?? tempah kat Booking.com atau Trivago cari dekat dengan station tram macam Achik amik hotel dekat 30M dari station SultanAhmed jadi tak de lah mengah jalan kaki ye.. Jangan jadi macam Achik mula2 dah booking Apartment  Sfenk Apart namanya cari punya cari address yang diberi no 39 yang ada no 37, 38 terus no 40. Tanya dengan owner no 38 katanya no 39 memang x wujud dan scammer dah ramai yang kena, bayangkan le sampai2 je dah ada dugaan.. Menyumpah le kat booking.com
Rupanya perancangan  dari Allah lebih baik.. Digantikan dengan Hotel yang lebih baik lagi dengan harga sama macam apart budget tadi

3. Makanan?? Achik bawa juga barang mentah macam beras, sardin, sos cili, kicap, bawang, maggie mee dll ingat nak masak. Sudahnya bagi kat makcik cleaner hotel je sebab kes Aprt yang tak wujud. Tak masak Achik beli je kat Restaurant yang bersepah kat area hotel budget dalam 40TL. Restoren Mesia pun ada tapi harga mahal la yob..

4. Istanbul Kart? Macam kad touch N Go tu bole beli di kedai runcit harga 7TL pakai 1 kad untuk semua pun bole tak de hal punya. boleh topup kat mesin di station tram

 5. Wifi?? ni memang benda penting sebab Achik kehulu kehilir dengan UBER mmg kena ada la. nak cari wifi free kat sini mmg susah la.. Achik guna ALLday Wifi dah booking kat Mesia lagi 1 minggu dalam 30USD ok la berbaloi sangat. Dalam package ada charger, manual, plastic bag untuk korang return nanti. Macam Achik tinggalkan di frontdesk Lobby Hotel diorang pandai2 la pickup kat situ...
 

6. Tempat menarik??? Macam Achik survey dlm TravelAdvisor.com  banyak tempat yang cantik2 untuk trip 6 hari ni Achik gi Istanbul dan Bursa je.. 'Capodokiahh' ke lain kali ada rezki bole gi.. bukannya murah beb nak naik belun panas tu jadi x payah le pergi lagi pun jauh dari istanbul. Datang jauh2 dari Istanbul naik bas 10 jam takkan nak nengok jew..

7.  Insuran?? ni memang penting sebelum gi melancong korang bole beli kt Mesia mcm AXA Oversea Travel Insurance..in case kalu apa2 hal berlaku.. ni tak mahal mana pun.

8. Keselamatan/Safety?? Jangan asyik leka shopping anak2 kena perati takut hilang plak. Klau ada yang mengajak mengopi ke, gi pub ke, gi massage ke jangan la ikut ada kes oang Mesia kena Pow sampai 500USD . Polis juga ramai dikawasan pelancongan jadi tak usah risau.

9. Pakaian?? Achik pergi musim sejuk kena la pakai baju tebal ala bulus-bulus gitu.. Achik beli yang murah je nama pun travel budget, untuk anak2 total RM100 kalau nak order bole message Achik . Glove kena la beli.. cari glove Hang Kebun pun OK tak de orang marah hu3...

10. Duit?? Achik bawak cash duit Arab.. korang bole tukar duit Euro/ Lira kat Mesia dulu.. kang bawak RM dorang tak terima lagi Bai.. Kalau suka pakai kad kredit bole aktifkan dulu sebelum berangkat ye boleh la shoping sakan tak ingat dunia..

11. Bulan berapa nak pergi??? ikut korang la nak gi bulan berapa hee3..
Turki ada 4 musim :- 
a) musim sejuk Dec- Mac harga murah. suhu sejuk 10 deg ~ -2 deg. Achik berangkat musim sejuk dok Mesia dah berpuluh tahun panas memanjang nak jugak main salji ye dok...
b) musim bunga April - memang cantik la bagi peminat bunga
c) musim panas Mei~ Sept time ni kalau nak pergi harga macam roket la pelancung ramai
d) Musim luruh Oct ~ Nov time ni pun murah jugak

So pilihlah ikut kesesuaian citarasa korang..

12. Visa/Passport?? Tu yang bagus masuk ke Turki utk orang Mesia tak perlu Visa.. korang boleh lepak selama 90 hari je kat sini lebih dari tu dah jadi PTI. Passport pulak untuk anak2 Achik buat seorang RM200. Pastikan passport valid  6 bulan sebelum expired.

13. Ubat?? kalau ada yang sakit2 macam semput ke darah tinggi ke kencing manis ke jangan lupa bawak..  
 
14. Transport?? Achik selesa guna khidmat UBER sebab murah, selesa, bersih dan attitude driver biasanya baik
Sepanjang berada di Istanbul Merc Vito je yang pickup...


 1st time naik kape torobang suka le tew...

Transit kat Dubai


Naik unta ni free je k

Dubai Airport Train

Airport Atarturk


Hotel day 1 tangkap muat je lepas kena scam




Macam kat Mesia tak der jual Carpet plak

Kilang kapet Turki ni lokasinya berhampiran  BASILICA CISTERN korang tak payah susah2 cari salesman karpet ni akan approach korang masa korang tercangak2 nak cari jalan...

Layanan 1st class dah makan Baklava kena la beli kapet Turki

Gambo dengan tokei kilang kapet. Dak Anip bateri dah lemaw tu

Replacement hotel by Booking.com terbaik... ada lagi 2 katil single kat luar tu cukup le nak rebahkan badan yee dokk..



Taman2 sekitar Masjid Biru
Taman2 sekitar Masjid Biru
Kedai jual SnowCap dan Maffler
Taman2 sekitar Masjid Biru
Masjid Biru





 Seni Kaligrapi sangat halus mulus bahagian dalam Masjid Biru
Nampak tak kat tingkap tu... Matahari dah naik agak tinggi tapi solat subuh belum mula lagi ni..


Sekitar Masjid Biru

Sarapan ... roti canai x der ke?
Nak makan kat luar pun boleh suhu 2 Deg gigil beb..Macam ni punya suhu  ni teh panas pun boleh jadi teh ais ikat tepi Bai..

Kaunter tiket ke BASILICA CISTERN
walking distance je dari hotel 

Harga 20TL utk dewasa budak free

 BASILICA CISTERN dalam bahasa kampungnya kolam takungan air bersih la zaman dulu engineering depa canggih bawah tanah lagi..Fresh Water intake 19km di hutan Belgrade
 BASILICA CISTERN.. Teruja dengan seni bina zaman dulu terpikir jugak orang ke jin yang buat pembinaan ni... tak terjangkau dek pemikiran
 BASILICA CISTERN ada patung MEDUSA


HAGIA SOPHIA- Asalnya gereja zaman empire Rome tukar jadi Masjid zaman Sultan Ahmed Fatih tukar lagi jadi Muzium zaman Ataturk


HAGIA SOPHIA... Jenuh betul nak possing budak2 ni

HAGIA SOPHIA..... 
Seindah nama diberi

HAGIA SOPHIA

BOSPHORUS CRUISE - Tiket boleh beli sekitar kedai dataran Hagia Sopia. Harga 10TL untuk dewasa budak 1/2 harga. Sementara tunggu Ferry sampai posing dulu dengan Awek's student UTP internship programme 6 bulan kat Uni Ankara untung la dak-dak ni...

 BOSPHORUS CRUISE - Wakil dari cruise dah sampai bergerak la dari Hagia Sopia ke Ferry Port CANKURTARAN


 Ferry pun dah menunggu


  Kelihatan Galata Bridge diatas kaki pancing melabuhkan joran.. Dapat hasil tolak ke Restaurant Imperial Galata dibawah segar untuk santapan korang

BOSPHORUS CRUISE- Naik ferry 2 jam memang puas la amik gambar... Pastikan camera dicharge dan kosongkan memory kad korang.. Pemandangan yang cantik, indah, nyaman sangat ciptaan Ilahi
Masjid Suleymaniye cantik deee...

BOSPHORUS CRUISE
BOSPHORUS CRUISE.. Canggih gak camera compact Achik ni zoomm baik punya.. Yang tinggi macam pensil tu namanya Galata Tower terletak di Taksim
BOSPHORUS CRUISE.. Kelihatan disebelah kiri anda adalah kubu pertahanan zaman Rome

 BOSPHORUS CRUISE ...
Jambatan yang menghubungkan bahagian Europe dan Asia BOSPHORUS BRIDGE


Dah ngigil di luar masuk ke dalam hangatkan badan .. ye dookk..
GULHANE PARK 
Pintu masuk ke taman ini.. dari station SultanAhmed stop kat station Sirkici jalan kaki 30M ke pintu masuk juga sebelah dalam ada Istana Topkapi dan Muzium Arkeology










Muzium Arkeology

Harga ticket 20TL budak fre jew...








Muzium Arkeology










Pintu masuk ke GRAND BAZAAR
Tip shopping di sini cantas 1/2 harga yang asal. Harga dalam Bazzar memang mahal kalau tak pandai menawar memang kering poket jadinya. Jangan rambang mata beli apa yang rasa perlu sahaja nanti sampai Mesia simpan dalam store je buat apa Dookk..
Macam Achik beli diluar Bazaar je..
Contoh harga tudung di dalam 50TL kalau beli diluar Bazaar dapat 10TL

GRAND BAZAAR
GRAND BAZAAR
GRAND BAZAAR
GRAND BAZAAR
CONSTANTINE TOWER di GRAND BAZAAR dari angle lain
kalau nampak menara ni dah dekat ke lokasi

CONSTANTINE TOWER di GRAND BAZAAR
kalau nampak menara ni dah dekat ke lokasi


MASJID BEZAYIT di GRAND BAZAAR


Hujan2 ni pekena jagung bakar memang terbaik.. Lokasi diluar GRAND BAZAAR

Station Tram BEYAZIT  berhampiran
GRAND BAZAAR


Destinasi seterus adalah ke ULU DAG PARK terletak di wilayah BURSA Turki.
Motif ke sini tak lain tak bukan nak main SALJI.
Macamner nak gi???

Macam Achik mode transport dari Hotel naik UBER ke Ferry Port Yenakapi-Ferry ke Bursa- Taxi ke ULU DAG PARK

Besar gila ferry lori pun boleh sumbat
 
Harga tiket ferry dewasa 115TL kanak2 60TL


Nama company ferry ni IDO boleh goggle kalau nak booking on-line

SignBoard ke ULU DAG PARK
Pintu masuk di kaki gunung ULU DAG PARK

Macam tol Ayer Keroh la ni 6TL untuk entrance fee

Tak sabar nak main salji le tew @ULU DAG PARK

ULU DAG PARK

ULU DAG PARK
ULU DAG PARK
ULU DAG PARK
 Ini Muhammad pemandu taxi dari Terminal Feri Bursa ke ULU DAG PARK.
Dah sampai Achik suruh dia tunggu sampai anak2 puas 3 jam bermain salji.
Dah ngigil sejuk Muhammad suggest minum kopi/chai/hot chocholate kat port baik punya..




Setelah mengharungi salji tebal di jalan dan jalan yang sesak sebab banyak kereta yang tersangkut dalam salji tebal maka Inilah port baik tu... Nasib baik dapat driver yang cekap dan berdidikasi tak payah la nak menapak macam geng2 ni..
 No contact Muhammad masih Achik simpan berminat PM tepi


Sky bridge @ULU DAG PARK boleh nampak bandar Bursa dari sini








Masing2 panaskan badan dalam kedai kopi atas gunung ULU DAG PARK
Nikmat minum Hot Chocholate ketika kedinginan @ULU DAG PARK





Sesiapa pernah kerja di Miri mesti kenal bro ni... Dulu dia manage restaurant Ikhwan di sana.
Sekarang jumpa di Fatih Istanbul jadi Manager di sini pula. Hebat bro ni bini 2. 

Suasana santai nak makan di luar pun boleh...


Trajedi burung merpati.....

Romatik betul gambar ni....


Ingat nak dating ber2 je. Aliya Suraya nak ikut sekali bawak jela
@Panoramic Restaurant Istanbul

Anak2 yang lain di hotel Achik tapawkan pizza je... He3
Aliya sedih esok dah nak balik Mesia..

SEKIAN DULU
JUMPA LAGI KE DESTINASI YANG LAIN 
UMRAH DIY BUDGET CIPUT AKAN MENYUSUL



KALAU BERMANAFAAT BOLEH LA SHARE YE....