Saturday 23 February 2019

Rahsia trip UMRAH DIY dengan Anak2 kecil dan isteri


Alhamdulillah catatan ini dibuat pada hari ke 6 kami sekeluarga berada di Masjidil Haram Makkah. Sehingga kehari ini perjalanan kembara UMRAH secara 'Lakukan Sendiri' dimusim sejuk tanpa mengikut agensi travel/Mutawwif, dipermudahkan oleh Allah.

Syukur sangat2 untuk Umrah kali ini dapat membawa keluarga bersama. Untuk diri saya sendiri ini adalah umrah yang ke 6.
5 kali sebelum ini ketika bekerja di negara padang pasir ini.

Disebabkan ramai sahabat2 yang pm bertanyakan tentang umrah sendiri ini saya akan kongsikan tips2nya agar dapat kefahaman dan dapat memberi manafaat kepada yang berminat bersesuaian dengan kritiria berikut.

DIY jika- Sudah biasa bermusafir ke negara orang. Punya sifat sabar, independent, problem solving, tenang n positif(tak banyak cengkadak he3) Umrah pertama saya pergi lone ranger Independent la sgt tu he3

DIY jika- Sudah tahu selok belok lokasi tersebut

DIY jika - Mahukan masa yang flexible (tidak terikat dengan jadual pihak agensi spt melawat ladang unta n kurma)

DIY jika - Mahu bergerak dalam kumpulan yang kecil(Tidak banyak kerenah untuk layan jemaah yang besar)

DIY jika - Ada kekangan kesihatan/uzur atau bawa anak kecil( Tempahan hotel 50m dari pintu masuk MasjidilHaram mudah utk beribadat)

DIY jika - Mahukan privacy (1 family dok 1 bilik tahu sahajalah perangai bila bawa anak2 yang tengah membesar sebagai johan)

DIY jika - Ingin penjimatan kos...
banyak K boleh save he3(Survey harga dengan agensi umrah musim sejuk minimum RM7K/pax itupun dapat hotel yang menyebabkan kaki anda jadi kejang sebab jarak antara hotel dan masjidilharam agak jauh)


Document Yang Perlu Sebelum Pergi Umrah DIY
1. 2 keping gambar visa 
2. Salinan surat nikah dicop pengesahan jawi (rujuk / cerai & nikah) kalau KL di Pejabat JAWI dekat Masjid Negara tu.. dlm masa 1/2 jam siap

 
3. Salinan surat beranak dicop pengesahan JPN
No 2 & 3, di cop wisma putra di Putrajaya utk pengesahan akhir. Kalau pegawai tu tanya nak pergi melalui Travel mana.. pandai2 la jawab. Biasanya dalam masa 1 jam dah dapat approval sebab submit dlm group yg kecil… kalu group besar esok kena repeat lagi esok utk ambil approval tu
No 2 bagi isteri yg kurang drpd 46tahun
 
4. Salinan photostat tempahan flight dan hotel


 
 
Dah siap semua diatas serah la kepada sahabat/ustaz2 yang ada biz travel agensi yang berdaftar dengan MOTAC
 
Dalam masa 1 minggu pihak travel call suh datang amik passport dan visa
Alhamdulillah selesai 1 bab.
Bayaran yang pihak Travel minta RM300/org

Alhamdulillah

 


*Suntikan vaksin tak wajib amik utk Umrah kalu Haji mmg perlu sebab stay sana lamakan..
*Harap maklum visa valid hanya 30 hari jadi korg kena timing cantik masa nak submit doc kt agency tu jadi utk selesa serah document dlm 2/3 minggu sebelum berlepas


Abaikan posting jika tak setuju. Rezeki itu datang dari Allah InsyaAllah dipermudahkan..

Kalu ada masa nanti aku share camne nak ode bas VIP Saptco dari Mekah ke Madinah...