Monday 16 September 2013

Palm Tree Gold Coast Sepang 15 Sep 2013

Technip Piping Dept tahun ni 2013 ada 3 tempat utk bercuti dan perabih duit company..
1. Kat Krabi Thailand (Jauh sgt)
2. Grand Lexis PD ( Tahun lepas dah gi)
3. Palm Tree Gold Coast Sepang (Pilihan Hati)
 
 Perjalanan dari Krubong Melaka melalui Lendu~Masjid Tanah~Port Dickson~Sepang
 Bird eye view rhope mcm pokok Nyoor

resort yang cantik
 
 Kurang sesuai bagi yang ada anak2 kecil sebab nak gi ke swimming pool agak jauh dan penuh ngan tourist yg memperagakan buah mangga msg2. So anak2 dpt mandi di Pantai Teluk Kemang je pagi tadi.
Sempat posing sementara tunggu kete Buggy anto ke bilik yg jauh ke tengah laut....
 Dpt Bilik No 935
 View dari bilik



 
Dinner ngan Breakfast provided kawe bagi 4****

 
 
 
 Sewa payung dan kerusi $20 @Teluk Kemang
 Seronok si kenit main air

 
 


Sunday 15 September 2013

Cabaran Mencari Rezeki-Harian Metro Ahad 15 Sep 2013

Bahagian Rencana pg 45 hari  ini memaparkan kisah tentang pengembara Lebuhraya yang menempuh perjalanan jarak jauh sehingga 400KM sehari untuk mencari rezeki. Antaranya dari Ipoh~ KL~Ipoh dan Melaka~KL~Melaka
Tengah2 hujan lebat interview dibuat oleh wartawan sementara menunggu bas Transnasional  tiba.
 Typing error plak nama den..
 
Ipoh~KL~Ipoh


 


Tuesday 10 September 2013

PEJUANG MUJAHIDEEN DI GHUTOH SYRIA

Sabda Nabi SAW mafhumnya;
“Ketika mana di akhir zaman, berlaku peperangan besar di akhir zaman dan kubu yang terbaik adalah Ghutoh.”
 Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A)
 
Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
 
Dalam hadis diatas digambarkan terdapat terdapat satu persepakatan antara kaum Muslimin dan bangsa Roman sekarang ini dikenali eropah dan pakatan ketenteraan mereka dikenali sebagai NATO. Kaum Muslimin di ajak bersama-sama dengan pakatan mereka untuk menentang musuh yang menjadi ancaman kepada mereka dan juga kaum muslimin. Ternyata pakatan eropah ini sudah mempunyai rancangan tersendiri iaitu mereka hanya ingin memperalatkan kaum muslimin bagi mencapai tujuan mereka. Mereka memberi bantuan persenjataan dan ketenteraan kepada kaum mujahidin kaum muslimin tetapi apabila kemenangan dicapai oleh mujahidin mereka mendakwa sebenarnya yang menang adalah pakatan salib.

ref:http://petunjukzaman.blogspot.com