Saturday 18 May 2013

Cameron Highland Pahang Malaysia

12 MAY 2013


 
Dari Bdr Sitiawan Perak bertolak pd pkl 9.30 pagi ke Cameron Highland melalui Hiway Ipoh-Lumut exit Simpang Pulai. Singgah breakfast kt rest mamak hadapan Tesco Sri Iskandar.
OTW jumpa la istana ni
 Nak tgk istana org putih kt bumi Malaya namanya Kellis Castle.
 
 Byk cerita misteri ttg istana ni tah betui ntah idak.
 
Ada yg terberak la pulak berhenti lg.. Buat la susu siap2 dulu sblm ada yg melalak.
 
 Tuang minyak kt pekan Kg Gajah sebelum terus mendaki
 
.. Perjalanan melalui Simpang Pulai mmg selesa dgn jln yg luas. pemandangan yg indah, penuh kehijauan dan selekoh yg kurang memualkan perut ni
 Sampai juga ke puncak Equtorial Hotel pada pkl 1.30 tghari. Chk-in dpt bilik 1003. Siapa kata suhu kat sini x sejuk kalau dah 16 Deg sejuk la tu..

Apalagi sronok le bebudak ni bila dah spi bilik.
 Berehat sekejap sebelum jln2 kt area sekitar ni.
 
Nak cari tpt mkn/gerai byk di pekan Brinchang.
 
Focus utama nk cari nursery jual pokok orkid dan baja utk anggur tapi tak de
 
 



Naik ke ladang Teh Boh Sg Palas yg adventure sudahnya patah balik sebab tutup pkl 4.30 ptg.

 Hari Isnin pulak TUTUP.
 
Acara terakhir sebelum balik bilik.
Lokasi terbaik untuk memetik buah strawberry di Life Light.
Terletak di roundabout Equtorial Hotel.
Bayaran masuk $25 utk 1/2 kg buah dan entry utk 2 orang dewasa.
Ladang strawberry yg luas dibahagikan dgn beberapa section
 
 
 Utk kita org diberi Sect D
 Aksi anak-anak teruja dan seronok petik Strawberry.



Setelah siap petik jom gi timbang pulak total berat 640g lebih 140g jadi kena top-up lg $8.
 Buah manis dan sedikit masam sesuai utk org yg sembelit heheheh
 
 
 
Pukul 10.30 pagi chk out
Bharat Tea Plantation.
 




 

Pemandangan ladang teh yang luas dan indah.OTW balik nasib baik ada Org Asli jual Pokok Orkid terus berhenti singgah.
Beli 5 pokok orkid hutan , 6 pokok yg tak tahu namanya dan 1 pokok Ayam Mas hehehh tak de pun rupa mcm pokok, mcm rambut Anita Sarawak ada la. Total semuanya $50 lagi dapat percuma pokok bunga mcm daun lengkuas.

 
Aksi Makcik orang asli mencari pokok yang kita orang mahukan
Nama pokoknya tak le teman tahu tapi ni le rupanya.



.
Jalan balik melalui Tapah amat2 mencabar..
 
OKEEEY
Bye-bye Cameron.