Monday, 7 October 2013

MASJID CINA DI KRUBONG MELAKA

MASJID CINA DI KRUBONG MELAKA

Setelah siap dibina inilah hasilnya
Solat Jumaat pertama kali dirasmikan oleh TYT Melaka
 Teruja juga seperti berada di Tanah Besar China plak
 
Lokasi Masjid melalui highway SPA dari Tesco Cheng ke Stadium Hang Jebat
 
d
Seni bina yang menarik

Di bahagian dalaman perlu kipas atau aircond tambahan


 

contoh masjid cina di Kelantan


Perkampungan ini bertujuan mengumpulkan saudara baharu untuk menjalankan aktiviti dan memudahkan mereka mendalami agama Islam," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Timbalan Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Sazali Muhd Din ke tapak pembinaan Masjid Cina hari ini.



 Pembinaan masjid yang bermula 10 Okt tahun lepas itu berjalan mengikut jadual dan kini siap 62 peratus.

Mohd Mansor Yap berkata perkampungan itu juga diharap dapat dilengkapi dengan prasarana dan fasiliti terbaik bagi kemudahan penduduk.

Sementara itu Sazali berkata selain tempat beribadah, Masjid Cina bakal menjadi produk pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong melihat keunikan seni bina yang diilhamkan dari Beijing, Shanghai dan Xian di China.

"Dengan adanya masjid ini, saudara baharu kita juga dapat berkumpul dan menjalankan pelbagai aktiviti sekaligus dapat menambah ahli baru untuk memeluk Islam," katanya.

Pembinaan Masjid Cina yang pertama di Melaka dan ketiga di negara ini menelan belanja kira-kira RM7.5 juta dan mampu memuatkan 2,000 jemaah pada satu-satu masa.


 Masjid itu berteraskan dua kubah dan menara besar dengan dua pintu gerbang serta bumbung berlapis, manakala ruang jemaah pula berkonsepkan pengudaraan semula jadi dan ruang saf yang cukup luas untuk menampung masyarakat Muslim menunaikan solat.
 
SUMBER DARI SINAR & BERNAMA

Monday, 16 September 2013

Palm Tree Gold Coast Sepang 15 Sep 2013

Technip Piping Dept tahun ni 2013 ada 3 tempat utk bercuti dan perabih duit company..
1. Kat Krabi Thailand (Jauh sgt)
2. Grand Lexis PD ( Tahun lepas dah gi)
3. Palm Tree Gold Coast Sepang (Pilihan Hati)
 
 Perjalanan dari Krubong Melaka melalui Lendu~Masjid Tanah~Port Dickson~Sepang
 Bird eye view rhope mcm pokok Nyoor

resort yang cantik
 
 Kurang sesuai bagi yang ada anak2 kecil sebab nak gi ke swimming pool agak jauh dan penuh ngan tourist yg memperagakan buah mangga msg2. So anak2 dpt mandi di Pantai Teluk Kemang je pagi tadi.
Sempat posing sementara tunggu kete Buggy anto ke bilik yg jauh ke tengah laut....
 Dpt Bilik No 935
 View dari bilik



 
Dinner ngan Breakfast provided kawe bagi 4****

 
 
 
 Sewa payung dan kerusi $20 @Teluk Kemang
 Seronok si kenit main air

 
 


Sunday, 15 September 2013

Cabaran Mencari Rezeki-Harian Metro Ahad 15 Sep 2013

Bahagian Rencana pg 45 hari  ini memaparkan kisah tentang pengembara Lebuhraya yang menempuh perjalanan jarak jauh sehingga 400KM sehari untuk mencari rezeki. Antaranya dari Ipoh~ KL~Ipoh dan Melaka~KL~Melaka
Tengah2 hujan lebat interview dibuat oleh wartawan sementara menunggu bas Transnasional  tiba.
 Typing error plak nama den..
 
Ipoh~KL~Ipoh


 


Tuesday, 10 September 2013

PEJUANG MUJAHIDEEN DI GHUTOH SYRIA

Sabda Nabi SAW mafhumnya;
“Ketika mana di akhir zaman, berlaku peperangan besar di akhir zaman dan kubu yang terbaik adalah Ghutoh.”
 Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A)
 
Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
 
Dalam hadis diatas digambarkan terdapat terdapat satu persepakatan antara kaum Muslimin dan bangsa Roman sekarang ini dikenali eropah dan pakatan ketenteraan mereka dikenali sebagai NATO. Kaum Muslimin di ajak bersama-sama dengan pakatan mereka untuk menentang musuh yang menjadi ancaman kepada mereka dan juga kaum muslimin. Ternyata pakatan eropah ini sudah mempunyai rancangan tersendiri iaitu mereka hanya ingin memperalatkan kaum muslimin bagi mencapai tujuan mereka. Mereka memberi bantuan persenjataan dan ketenteraan kepada kaum mujahidin kaum muslimin tetapi apabila kemenangan dicapai oleh mujahidin mereka mendakwa sebenarnya yang menang adalah pakatan salib.

ref:http://petunjukzaman.blogspot.com


Saturday, 17 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013/Syawal 1434

Alhamdulillah selesai sudah ibadat puasa moga ditemukan lagi Ramadhan pada tahun hadapan.
Tahun ini warna kelabu menjadi pilihan, tak sempat nak tempah beli di Hari-Hari MITC Melaka
Anak yang bongsu Hanif Dinie pula baru dapat kaki 2 minggu lepas jadi senang la sikit tak payah nak berdokong-dokongan boleh jalan dan main sendiri2 masa beraya.
 
Acara berposing di rumah dipagi raya
 
Bergambar dengan Nenek di Kg Belimbing Dalam Melaka
Gambar agak blur sebab pakai camera HP

Harris Dinie bersama Nek Yang

Sepupu dengan Nenek


Comel tak saya????
 
Pasangan romantik Busu.
Pagi raya di Kg Belimbing Dalam, Tengahari di Kuala Pilah, Malam disekitar Alor Gajah.
Raya ke 2 seperti biasa beraya di Muar. Malamnya member office, Rafi pulak datang beraya
 

Open House dirumahku pada Raya ke 3 member2 Office yang balik ke Melaka beraya dikampung dan jiran tetangga antara yang sempat datang.
 Meraikan Hari Lahir Haikal Dinie dan Atuknye
 
 
Satar... Antara juadah untuk dijamu...
 Menu utama Nasi Arab Kambing
 
Tandori Ayam
 
Gulai Kawah
 
Jangan malu2...tambah-tambah le lagi

Gambar tetamu yang sempat diambil
 
Kebetulan plak Boss ada kat Melaka OTW ke Muar
 
Tauke ayam sedang menjamu selera dengan adiknya
Kebetulan terserempak di Tesco Cheng masa nak beli Kek kat Secr. Recp. jemput la sekali
dah alang2 kat Melaka ni

Jiran fasa 2 Kak Shida, Abg J dan Juf
Jiran paling jauh... belakang umah je