Saturday 6 April 2013

Cuti-cuti ke Pantai Timur March 2013

26 Mar 2013
Bergerak dari Krubong Melaka ikut jalan Machap Umbu singgah di Segamat utk breakfast. Roti canai ngan kuah dia sedap len kali boleh dtg lg. Next 216km lagi perlu ditempuh
Seterusnya perjalanan melalui Bandar Muazam Shah ke Kuantan Pahang. Singgah di Pantai Batu Hitam utk makan tengahari satu destinasi wajib bila ke Kuantan.Menjamu selera sambil menghirup angin Laut China Selatan.




  Next tak sampai 5 minit perjalanan sampai le ke destinasi yang dituju iaitu Dhe Rhu Cherating. Terus chk-in
Excited sangat nak mandi kolam cam ni le..
 

 
 




















 




 
 
 
Lepas penat mandi manda di kolam balik bilik lps maghrib bergerak ke Bandar Kuantan. Untuk makan malam aku pilih tempat yang special iaitu Ana Ikan Bakar Petai lokasi di Tanjung Lumpur Kuantan.
 
 Nak cari tempat ni memang senang dari bandar Kuantan cari sign Board ke Pekan, JB lalu jambatan sungai Kuantan lepas tu belok ke kiri, kalau tak jumpa pandai2 la cari guna PAPAGO hehehhehhe...Kedai ni warna hijau 2 tingkat lagi but aku suka duk bawah anak ramai camne nak berghodoh-ghandah......

Kalau korang sampai sini terus gi pilih ikan ke udang ke.. dapilih2 dan bagi nombor meja yg korang duduk ngan resepi apa yang korang nak pilih.Lagi 1 tips kalau korang tunggu kt meja mmg dorang x layan la.. custumer ramai..

 Kaya owner kedai ni orang tak putus2 datang
 Tak sampai 15 minit apa yang aku order dah sampai.. Perut dah lapo apa lagi Bismillah le...Yang kat atas ni Ikan Jenahak masak 3 rasa.. mmg sedap ratah sampai ke tulang... heheh
 Yang ni sotong goreng kunyit . aku rasa aku masak lagi sedap kot
 Udang goreng tepung
Jom makan........
 
 
Lepas makan jalan2 lagi kali ni ke TC atau Teluk Cempedak Kuantan
ada out door game 
 Macam UpTown pun ada


 Cari Ilham seni
 Cari rezeki
 Cari Pasal
Dah Penat jom Balik Bilik....
Ok
 
27 Mar 2013
IMPIANA BEACH RESORT
MARANG
 Perjalanan mengambil masa 2 jam 50 minit atau 174KM dari Cherating Pahang
Perang bendera dimana2 menjelang PRU ke 13 
Singgah mentar beli Jagung rebus dan air...

 Budak2 ni ke sanatai2 dulu..
 
Untuk penginapan untuk hari ini aku just walk-in aje... Cari punya cari yang ni ada kosong lagi 1 bilik. Rezeki anak2 nasib baik resort cantik... mana nak dapat bilik kosong dlm musim cuti2 sekolah ni kalau x booking awal2..

Bilik yang hujung sekali no 113
Bandar Marang diwaktu malam
 Lapar dah jom singgah di pantai Kelulut ..
Masa lalu kat sini memang nampak meriah dengan lampu yang menarik perhatian kami.... Harap2 sedap la makan kat sini


Aliya dah kepenatan lena tidor tu..
Apa nak order yekkk.. Pening kepala macam2 menu ada ni..

 Sudahnya order ringan2 je .. Makan sate ngan rojak la yeeehhh..
Air buah2an disini memang sedap try jus tembikai.. TERBAEEK..
 
 
28 Mar 2013

KUALA TERENGGANU
Next day ke Bandar KT pulak dari Marang ke KT dlm 15~20 minit aje
 
 Bulan terang disiang hari
 
Singgah di Taman Awam Lagun Kuala Ibai 
 
 Masjid Tengku Zaharah atau Masjid Terapung
 Terengganu Equesterian Resort

Anak2 teruju nengok KUDA




Next jalan ke Taman Tamadun Islam (TTI)
 Ada nampak itu bukit... Dari jauh terpampang kalimah ALLAH.. itu le Bukit Besar.. Mercu tanda KT
Untuk ke TTI melalui jalan ini. TTI berada di Pulau Wan Man

 Passport untuk masuk ke TTI... Harga???
Dewasa RM25, Budak $15
Pintu gerbang ke TTI
Bot River Cruise
Boat Cruise mengelilingi pulau2 di KT mengambil masa 45 minit
Masjid Kristal








 

 
PASAR PAYANG
 



 
 
PANTAI BATU BURUK

Tercari2 batu yang dikatakan Buruk itu tapi tiada...

Dah lama aku ngidam nak naik natang ni....
Baru dapat merasa... Harga??
RM25 untuk 15 minit

 Bawak gi kebun best ni...
 
ICT Belakang China Town dan Pasar Payang
 



Dah penat berjalan2 balik le tido.. Lupa nak paste gambar Hotel Felda Residence KT..
Kalau nak bagi rate kat Hotel nie aku bagi 2/5 reason sebab
1. Layanan kat Desktop x berapa mesra alam
2. Bilik manyak bising loo.. macam duduk dalam lombong arang batu.. tengah malam boleh dengar cable lift turun & naik..... FAIL!!!!
3. Apa da.. breakfast baru turun pukul 9 banyak benda dah habis dan x di refill
 
Cukup cukup sudah
Lain kali tak nak stay kat Hotel ni lagi laaaaaa....

29 Mar 2013
Turun semula ke selatan Terengganu and Pahang menuju ke destinasi Cherating
 

On the Way singgah jap di Kg Geliga utk beli buah tangan  keropok untuk jiran2, member opis & family


 

 Ok sampai sudah di Impiana Kuantan
 

Dari pandangan luar bilik
 
Dari pandangan dalam bilik
Sea View 


 


 
 

Kacau daun betul... orang nak rilek kat sini geng2 Politik ni buat team building pulak
 

Kolam kat sini tak berapa meriah.. De Rhu lagi hebat



 
Esoknya lepas breakfast dengan rasa sukacitanya bergerak pulang ke Krubong Melaka..dan selamat tiba di sini tanpa sebarang kesulitan Alhamdulillah.. 






No comments:

Post a Comment