Sunday 6 March 2016

Rahsia adunan Baja Foliar 'Style orang Kampung'



Apa itu Baja Foliar?

Baja jenis serbuk atau cacair yang dilarutkan dalam air dan disiram atau spray pada pokok tanaman anda.

Cara2 membuat baja organic Foliar untuk melebatkan debunga buah.
Bahan yang diperlukan:-
1. 1 kg Tulang(boleh guna apa2 jenis tulang, jgn tulang manusia sudah)
2. Cuka Asli 10 liter
3. Kertas tanpa karbon
4. Tali/getah utk tutup bekas baja

Kaedah Penyediaan
1. Tulang tadi dibakar dlm unggun api sehingga jadi putih
2. Masukkan tulang tadi dalam balang plastic
3.Masukkan cuka asli tadi dlm balang yg ada tulang
4. Tutupkan dengan kertas dan gelang getah
5. Simpan selama 30 hari dan boleh ditapis selepas cukup masa.



 CUKA ASLI YANG DIGUNAKAN

 TULANG YANG DAH DIBAKAR DIMASUKKAN DLM BALANG PLASTIC

 CUKA DILARUTKAN KEDALAM BEKAS PLASTIC BERSAMA TULANG

SIAP SUDAH BAJA FOLIAR KU KAMPUNG STYLE


Dengan nisbah 10ml baja di campur dengan air 1ltr dikocak dahulu agar sebatian cecair itu larut. Air yang dicampur hendaklah air tanpa klorin.
Waktu terbaik untuk membuat semburan adalah pada waktu pagi 7-10 atau petang 5-7

 YANG INI ADALAH PLANT BOOSTER GUNA UNTUK MEMBESARKAN/MEMANJANGKAN/MENYUBURKAN DAN MCM2 MEM LAGI

Baja foliar mempunyai kesan yang sangat baik dan cepat untuk tumbesaran pokok. Nutrien  dari baja foliar akan terus meresap pada daun-daun pokok dan pokok akan membesar dengan subur.
 
 Gambar sekadar hiasan
Baja foliar ni umpama makanan tambahan atau vitamin bagi pokok seperti juga manusia nak sentiasa sihat akan makan vitamin.

Kalau rasa ragu2 ke malas, leceh, tak der masa nak buat...
Beli je di kedai ni IbuAliya e-Shop https://www.facebook.com/2growgreen/
012-3228136

 


No comments:

Post a Comment